// Starlight ϟ
Step Up Revolution with girlfriendsss
Friday • 12:23 AM • 0 comments



Hello, Earthlings! Dah lama tak update blog. Yelah, Trial PMR sibuk mengganggu diri ini, mana taknya. So, korang dah tengok Step Up Revolution? sya dah tengok dah dengan girlfriendsss sya iaitu Hazirah, Izzati, dan Afiqah. Sempena Trial PMR dah mengundur diri dan kitorang tersangat lah stress dengan semua exam paper tu, kitorang pun buat decision nak tengok wayang. Alang-alang nak tengok wayang and cerita paling hot time tu ialah Step Up Revolution kitorang pun apa lagi on je lah. Kitorang tak adalah pergi menapak sampai ke Times Square semata-mata nak tengok wayang je. Kitorang pergi dekat Viva, dekat sikit kan. Tapi, time tu sya lambat sikit. Cerita lagi 5 minit nak start sya baru sampai Miharja. Teruk kan sya, tak punctual betul~ Time masuk tu, okay gelap gila. Nyaris-nyaris tersungkur. Nasib baik tak jatuh kalau tak memang malu tahap max lah kan :P Time masuk tu, tak ramai orang so kitorang main duduk je. excited sangat xD

Bila cerita tu start memang khusyuk gilalah tengok. Especially time diorang tengah menari. Memang awesome lah kan. Time diorang menari tu memang kaki semua dah gerak dah. Kira macam nak join menari sekali. Kalau time tu pangung wayang tu kosong, memang kitorang semua dah menari dah dekat situ xD Bila cerita tu habis kitorang keluar lambat sikit, entah macam mana Afiqah boleh tersungkur pulak. Sya time tu terkejut, tiba-tiba je jatuh so sya tak buat apa-apa. Time nak hulur tangan, Afiqah dah gelak-gelak pastu dia bangun terus lari keluar. Afiqah kata sampai jam orang nak keluar. Bila jalan keluar selipar Hazirah pula putus. Kitorang pergi lah surau, nasib baik Hazirah bawa duit lebih, so dia suruh sya dengan Afiqah beli selipar. Kitorang turun dengan tingkat 1 ke 2 beli selipar. Tak tahu nak beli yang mana, kitorang main ambil je selipar yang comel sangat, warna pink. Warna favourite Hazirah. Selipar tu ada anak patung sebiji melekat dekat selipar tu. Dah lah comel, ada ke patut Hazirah kata buruk. Selipar tidur katanya xD

Lepas beli selipar kitorang terus balik. Yelah dah lama sangat menapak dekat situ kan. Time balik tu kitorang angkat train. Beli token pastu tunggu lah train. Tengah jalan nak cari tempat duduk terserempak dengan budak cina kelas J yang Cik Tan kata dia sorang dapat A Sejarah tu dengan boyfie dia. Okay, sya jealous tengok diorang sebab dekat sekolah together, tuition together and now keluar entah pergi mana pun together. Untunglah ada orang sayang :') Time naik train, Afiqah tiba-tiba tanya Hazirah token tu turun mana sebab Afiqah tadi nampak Hazirah beli token untuk Cheras padahal patutnya beli Bandar Tun Razak. Sya pulak patutnya turun Salak Selatan, dengan sya sekali terbeli token Cheras. Kitorang semua dah panik, so sya cakap lah nanti kita turun Cheras, beli token baru. Time tu kitorang dekat Chan Sow Lin, train datang kitorang terus serbu naik padahal train tu ke Ampang. Lagilah panik dibuatnya. 

Memandangkan dah tersalah train, kitorang turun dekat Maluri. Dalam train, semua orang pandang semacam. Memang riuh kitorang dalam train time tu. Sampai ada yang gelak terbahak-bahak tengok kitorang sesat. Pergi balik Chan Sow Lin naik train ke Sri Petaling. Pastu, turun Cheras pergi beli token Bandar Tun Razak. sya beli Salak Selatan. Kang ada yang tak balik-balik lagi. Time tu pun nak dekat pukul 4 petang. Keluar pukul 12. Tak ke lama tu? Sampai rumah dah pukul 4.15 petang. Abah balik, abah terus tanya pergi mana tadi apa semua. Yelah, lama bebenor keluarnya pun. Hahahaha. Tapi, lepas balik dari tengok wayang tu sya serong pergi Rainbow kejap. Beli pin apa semua for celebrate Hari Raya. Tu lambat sikit sampai rumah. Alang-alang dah keluar, belilah apa yang nak beli dari dulu lagi kan. xD


Mentos, when i watched this movie, how i hope that you'll
 appear and sat beside me :')

Assalamualaikum! Annyeong!
xoxo, syaaa




Ze Superwoman



Annyeonghaseyo, my name is Sya. Welcome to Stardust ! Do follow me and please leave your footprints at my Cbox, okay? Haters , Anons , Copying , Spamming , Ripping and Others are NOT allowed. Don't like my blog? Press Ctrl + Shift + W .  Chingu (s)

I Miss You, Mentos. But you never notice it..



Ze Navigations

Profile
Stuff

Ze Tagboard

Spread some love ♥
No harsh words~

Ze Credits


Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Sya

Ze Music

To him. The one who always make me smile. The one who seems to be protective to me. The one who care about me more than himself. I heart you Dear :')