// Starlight ϟ
Kem PRS~~
Monday • 6:23 AM • 2 comments


313680_2430337714477_1132623535_2764832_686334479_n_large

Hello, Earthlings! How are you? sya sihat walafiat. just penat sedikit saja tapi masih menggagahkan diri untuk mengupdate blog yang telah terbiar buat sekian lamanya. kesiankan blog ni? hrmmm, nak buat macam mana? tak ada masa free lah katakan :| harini sya nak update pasal kem PRS. mula-mula sebelum pergi kem tu, sya dengan kawan-kawan sya yang lain pergi motivasi dekat Desa Tasik. motivasi yang bertajuk 'Hidup Penuh Erti Tanpa Dadah'. time motivasi tu sya terangguk-angguk sebab mengantuk, tapi cover lah sikit. banyak budak comel + handsome tu dekat situ, takkan nak tunjuk perangai tak senonoh pulakkan? xD ada sorang nama budak lelaki ni, boleh tahan comellah jugak. sya, ainA dengan fieqa ingat dia tu form3 atau 4 last-last budak tu form2. hrmmmm, pangkat adik ke? baru ainA cadang nak tackle xP

lepas motivasi tu, kitorang pergi sekolah sebab ada kem. sampai sekolah dalam pukul 2 macam tu. nampak dari luar diorang tengah dirikan khemah. cikgu suruh kitorang pergi daftar dulu, kitorang pun pergi lah melaporkan diri dekat akak-akak fasi tu. after laporkan diri, sya join group 10. kawan sya sorang pun takda dalam group 10. sya sendiri dan menyendiri jelah dalam group tu :P fasi group sya abang azfar. best dapat fasi macam dia~ banyak bagi idea pastu banyak bagi nasihat. ehhhhh, yeke? xD boleh lah boleh lah~ nama group sya ialah jengjengjeng 'Nasi Panas'. haha, unik tak? unik sesangat-sangatnya kan? abang azfar kata nasi tu sebab semua mesti suka makan nasikan, so kita gunalah nasi sebagai nama kumpulan kita. panas pulak sebab idea kitorang yang panas. Jyeaaaahhhhhh~ pandaikan abang azfar kita bagi nama kumpulan? :D

hari sabtu, cabaran pertama kitorang ialah kena buat satu simpulan. semua kena pegang tali rafia, memang panjang dan muat untuk 99 orang pelajar. semua kena pegang tali rafia yang sama dan tak boleh lepaskan. kalau kitorang lepaskan kena patah balik buat satu barisan macam tali rafia tu. adalah jugak beberapa orang yang pergi lepaskan, so kenalah buat balik. bagi masa berapa minit je. abang dengan akak fasi pergi simbah air dekat kitorang. macam mana lah diorang tak lepaskan tali tu kan. tapi at last, kitorang berjaya buat satu simpulan dan berjaya selamatkan kak nabila, kak fyqa dengan kak ilya dari didenda. hebat tak ahli PRS tahun ni? saya tahu kami hebat~~ mengaku jelah (Y)

then, kitorang ada jugak permainan yang kena angkat satu kaki then hit pihak lawan. siapa terjatuh atau kaki dia terpijak tanah dikira out. ada jugak kena dirikan telur atas mentol macam cerita anda ada 60 saat tu. dua-dua game ni kumpulan sya menang! ada port yang kena baling belon air, lukis muka sendiri pastu kena cari balik lukisan kita tu. port abang aizad paling susah, kena cari balik kacang tanah, kacang hijau, dengan kacang dal. abang aizad tunjuk dekat kitorang berapa banyak kitorang kena cari then baling jauh-jauh. kitorang cari-cari, raba-raba, korek-korek sampai habis tanah dekat situ xD habis kitorang semua basah lenjun and and berlumuran dengan lumpur. Jyeahhhhhhh~ Terbaik kutttt ><

time malam, boleh dikatakan night walk lah jugak. kitorang kena pilih 3 orang jadi sempurna, 2 bisu, 3 kudung, 2 buta. tapi, memandangkan group sya ada 9 orang, seorang je jadi buta. time tengah buat night walk tu, dekat port abang alif tak silap alan kena culik. penculik tu sebenarnya nak tarik aid tapi kak mar pergi tarik aid tapi terlepas alan. penculik tu apa lagi bawalah alan pergi. time dekat port kak najwa dengan kak jiha tak silap, aid pulak kena culik. time tu tengah khusyuk bagi support dekat team mate dengan lajunya aid kena culik. kitorang main tarik-tarik aid tapi penculik tu dapat jugak. pergi dekat port abang azfar, abang azfar terkejut sebab dua orang hilang. salah satu sebabnya abang azfar terkejut orang sempurna kena culik. kalau buta tu boleh diterima lagilah tak pun yang ada kekurangan lain. tapi benda dah jadi, redha je lah :D 

lepas game tu, balik khemah tidur. hanya 2 jam je, saya ulangi. 2 jam sahaja. okay, penat gilaaaa dah lah dari pagi sya ada acara. memang penat gilalah kan. lepas bangun tu, gosok gigi, bersihkan apa semua then pergi solat subuh. lepas solat tu boleh balik khemah, sya ambil lah kesempatan tu untuk memejamkan mata untuk seketika. dah bangun tu, kak fasi kata game lepasni ialah musical pail. siapa tak dapat kerusi kena mandi~ okay, sya kena mandi time tu. tapi tak lenjun pun. ainA lah paling kena banyak. kesian awak kan? :P lepas musical pail tu, kitorang kena take cover. meniarap atas lumpur. kena make-up dengan lumpur oleh Mr Bean :P last-last kitorang kejar akak abang fasi semua make-up kan diorang dengan lumpur. siapa yang selamat tu, untunglah. tapi yang kesiannya dekat abang aiman, abang alif dengan abang wan. kami baik (Y)

then, after bersihkan diri dari lumpur-lumpur tu semua, kitorang kena bergotong-royong bersihkan balik kawasan sekolah. lepastu, lipat khemah apa semua pergi dewan. sesi penyampaian hadiah pulak tiba masanya. group sya dapat tempat ketiga dalam group paling menonjol. okay, banggalah jugak~ well, Nasi Panas mestilah menonjol, bukan? :P before penyampaian hadiah, kitorang ada vote siapa fasi paling sporting. kak apple dapat vote paling tinggi iaitu sebanyak 83. kak ana dapat 58 tak silap yang lain bawah daripada 20. walau apapun, semua fasi sporting okay? then, kitorang salam dengan cikgu, akak fasi, cakap terima kasih dekat abang fasi apa semua pastu ambil beg, balik. balik rumah, mandi dengan lamanya, online sekejap then tertidur tanpa sedar. penat gilaaaaa okay? sampai lappy pun terbiar macam tu je xD

I miss all the moments we shared together :')

Assalamualaikum! Annyeong!

Lot of love :-
-Sya-
xoxo, syaaa




Ze Superwoman



Annyeonghaseyo, my name is Sya. Welcome to Stardust ! Do follow me and please leave your footprints at my Cbox, okay? Haters , Anons , Copying , Spamming , Ripping and Others are NOT allowed. Don't like my blog? Press Ctrl + Shift + W .  Chingu (s)

I Miss You, Mentos. But you never notice it..



Ze Navigations

Profile
Stuff

Ze Tagboard

Spread some love ♥
No harsh words~

Ze Credits


Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Sya

Ze Music

To him. The one who always make me smile. The one who seems to be protective to me. The one who care about me more than himself. I heart you Dear :')