// Starlight ϟ
funny moment !
Monday • 5:02 AM • 0 comments



 

 hai , semua ! macam mana hari raya korung ? tahun ni eyka macam tak raya je and pecah rekod tahun ni tak balik kampung . selalunya kalau hari raya aidilfitri atau pon hari raya aidiladha confirm balik kampung , tapi tahun ni pelik sikit . ye laa , sekolah tu kedekut sangat . 3 hari je bagi cuti itu pon termasuk sabtu dengan ahad , mana boleh ! sabtu dengan ahad kan memang cuti tapi tak apa , redha je laa :)

ouwhh ye ! semalam eyka bergayut dekat telefon . kira - kira satu jam setengah laa jugak eyka bergayut . terer tak ? *takpayahnakbanggasangatlaa eyka bergayut dengan boyprengs eyka , yea loly ! rindu betul dengan boyprengs eyka sorang ni . cerita itu ini , love , kehidupan dekat sana , lagu , korea , novel , macam - macam laa . lepastu ada lagi cerita pasal sekolah . eyka ada tak cerita pasal seorang pak cik ni ? kalau tak ada meh sini , eyka nak cerita . ada sorang pak cik ni . pak cik ni ada satu sifat iaitu gilalah gatal . time tu hari selasa tak silap , eyka macam biasa laa tunggu bas dekat tempat biasa . bila bas datang eyka pon naik laa . dalam bas tu ada tiga penumpang termasuk eyka . kalau tambah dengan driver bas yang baik lagi jujur tu jawabnya ada empat orang dalam bas pada waktu itu :)

pak cik gatal tu duduk dekat kerusi oku . alaa~ kerusi warna orange tu laa . eyka duduk dekat kerusi belakang sekali belah kanan . pak cik yang terlampau handsome lagi gilalah gatal tu dia nampak eyka melintas depan dia . memang laa kan ? eyka berjalan , mesti laa pak cik tu nampak orang lintas dekat depan . lain laa kalau eyka terbang , kalau terbang confirm pak cik tu terus daftar dekat hospital bahagia XD pastu bila eyka duduk , eyka terusha pak cik yang terlampau handsome tu . pak cik tu usha eyka dengan pandangan mata yang tajam lagi memelikkan . eyka nak je angkat kening sebelah macam ziana zain tu . anyway pak cik , renungan pak cik tu tak adalah tajam sangat . then , eyka buat tak tahu je laa . pastu eyka curi - curi usha pak cik tu , dia still usha eyka dengan pandangan yang sama . eyka malas nak layan pak cik tu , eyka pandang tempat lain . nanti pak cik tu perasan pulak .

bila dah sampai dekat rumah eyka tu , eyka saja jalan lambat - lambat . biar pak cik tu jalan dulu . last - last bila eyka keluar , pak cik tu pulak jalan lambat - lambat . bila eyka lalu sebelah dia , tersengih - sengih pulak . eyka tercakap " apahal pak cik ni ? buang tebiat apa ?! " . pastu tiba - tiba pak cik tu terdiam . haha . gila kelakar time tu . eyka tak percaya eyka berani cakap macam tu . padan muka , tu laa . menggatal lagi . ingat orang ni sugar daddy apa ? no taste betul laa . lagipon orang ni still belajar . agaknya pak cik tu tak nampak beg sekolah yang eyka galas time tu :) okay laa , end at here and bye bye for now !

assalamualaikum ! annyeong !

-eyka-



xoxo, syaaa




Ze Superwoman



Annyeonghaseyo, my name is Sya. Welcome to Stardust ! Do follow me and please leave your footprints at my Cbox, okay? Haters , Anons , Copying , Spamming , Ripping and Others are NOT allowed. Don't like my blog? Press Ctrl + Shift + W .  Chingu (s)

I Miss You, Mentos. But you never notice it..



Ze Navigations

Profile
Stuff

Ze Tagboard

Spread some love ♥
No harsh words~

Ze Credits


Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Sya

Ze Music

To him. The one who always make me smile. The one who seems to be protective to me. The one who care about me more than himself. I heart you Dear :')