// Starlight ϟ
Today was a fairytale :)
Thursday • 6:07 AM • 0 comments



okay , hari ni best + penat gila ! mula2 , kak fathia datang rumah jumpa kak yea loly . cerita apa semua bagai laa . then , teringat yang afiqah semalam ada hantar mesej katanya esok datang rumah najwa , bincang nak buat jamuan dekat mana . eyka pon siap2 laa . akak eyka suruh talifon my dad minta izin nak pergi rumah kawan then my dad kata ermm , pergilah . yesss~ time tu eyka , akak eyka dengan kak fathia hoooray laa . dah nak dekat sampai tu terserempak dengan kawan2 eyka . dari jauh dah kenal yang kat depan tu ainatul XD dah nampak diorung tu eyka cari laa fieqa dengan jiaa .

dah nampak diorung jalan laa dengan diorung . kak fathia dengan akak eyka malu2 harimau pulak ! kak fathia sebenarnya nak jumpa mukhlis . tu yang kak fathia nak ikut tu . mukhlis ni pon satu , asal kau famous sangat ?! tanya diorung nak pergi mana , then diorung cakap nak pergi JJ Taman Maluri . akak eyka tak nak ikut sebab baju dia terlampau simple , macam nak pergi jogging pon ada jugak XD so , akak eyka dengan kak fathia pergi karoeke dekat dwitasik . eyka dengan kawan2 eyka yang lain pergi JJ Taman Maluri . so , akak eyka pergi balik , eyka pergi station LRT Bandar Tun Razak .

time nak pergi sana , borak2 laa apa semua . aiman malu2 sebab dia pakai baju biasa je . aiman cakap ingat nak bincang je tak adalah pakai baju cantik2 ni tak . eyka dengar aiman cakap macam tu eyka pon gelak laa . eyka cakap laa , okay apa kau pakai baju ni . simple ! aiman senyum je . then , tiba2 firdaus datang . dia kata nak menyelit boleh ? eyka senyum je . aiman kata apasal laa tak cakap hari ni jugak nak pergi jamuan . eyka diam then cakap entah . firdaus pon sama . dia cakap , entah ! kalau aku tahu tak ada aku pakai selipar . dengar diorung cakap macam tu eyka cakap laa , korung ni ! okay laa baju korung , simple + semart ! then , diorung diam .

sampai LRT eyka ingat kad rapid eyka tak ada duit . so , eyka pon berbaris laa nak beli tiket pergi Maluri . time tu najwa bawa kad touch n go tak silap . alang2 nak touch tu , eyka suruh laa najwa tolong touch kan nak tengok ada duit ke tak . najwa cakap laa kalau boleh macam mana ? eyka cakap laa , aku lari masuk cepat2 . then , najwa touch boleh . eyka apa lagi lari masuk cepat2 laa . then , najwa pulak touch . sampai chan sow lin turun naik train ampang . sampai maluri naik jejantas . aiman dekat sebelah eyka , so eyka borak2 laa dengan aiman . sampai je dekat JJ pusing2 cari tempat nak duduk .

tengah pusing2 tu , berhenti satu tempat ni , eyka tak tahu pulak apa nama tempat tu -.-' kitorung discuss laa apa semua . budak lelaki dekat belakang . eyka usha laa budak lelaki , tengok2 diorung gerak tak tahu pergi mana . so , eyka biar je laa . dah dapat tempat duduk apa semua najwa , ainatul , alif , jiea dengan muni tak silap pergi laa Mc Donald beli apa semua . time diorung pergi tu , eyka , fieqa dengan jiaa nak jalan2 . jiaa nak beli pashmina tak silap . so , kitorung pon pergi laa cari . pastu jiaa nak pergi bayar pashmina tu so dia pergi laa dekat kaunter . time tu eyka dengan fieqa still ada lagi dekat kedai pashmina tu .

time eyka dengan fieqa nak pergi dekat jiaa , terjumpa dengan budak lelaki . so , kitorung pon suruh laa diorung pergi dekat food court . dah bayar apa semua , eyka pon pergi laa dekat food court . sampai sana , tercari - cari diorung . tengok2 diorung jaga dekat tempat lain . nasib baik jumpa . eyka tengok budak lelaki tak ada . macam mana boleh tak ada ? bukan tadi aku suruh diorung pergi sini ke ? eyka pon tanya laa sala . sala kata diorung touching . eyka tanya laa asal diorung touching ? sala cakap sebab aku cakap kat diorung tempat ni untuk perempuan .

kitorung pon makan je laa . ada time bila ehh , eyka tak ingat . ainatul nak pergi mana entah pastu ainatul datang dia cakap budak lelaki hidup lagi . diorung dekat KFC XD haha , ouwhhh okay2 ! lepas makan , ainatul nak gerak . salam2 apa semua then bye , ainatul ! kitorung pulak pergi cari surau dekat mana . jiaa dah masak dengan JJ so dia laa tukang menunjuk jalan . naik tingkat 1 then jumpa signboard . kitorung ikut je laa . ada satu signboard ni dia suruh ke kanan . sebenarnya kena straight nanti ada laluan untuk ke kanan , ini tak afiqah cakap dia suruh kita ke kanan laa . kitorung pon masuk laa tempat baju2 tu semua .

dah masuk tu ada satu tempat ni , membuatkan kitorung gelak terbahak2 . siapa yang ada time tu tahu laa . malas nak bagi tahu apa benda yang membuatkan kitorung gelak . jalan2 then jumpa signboard surau masuk kiri . dekat atas tu tulis wash room . fieqa cakap laa , ni wash room bukan surau . kitorung gelak gila laa ! fieqa2 aku yang tak biasa masuk JJ pon tak seblur kau ! najwa cakap laa habistu signboard ni suruh masuk kiri ada laa dekat dalam tu , habistu tak kan dekat kedai buku ni pulak . eyka tergelak - gelak time tu XD kitorung masuk dekat surau tu . jiaa pergi toilet sekejap .

habis solat apa semua , nak balik . time nak balik tu malas nak turun tangga apa semua so kitorung naik laa lift . sebelum naik lift tu eyka ternampak satu teddy bear ni besar kowdd ! suka sangat >.< tapi apakan daya , harganya mahal bebenor ! terbantut laa hajat nak beli teddy bear tu . time naik lift ada dua orang akak ni , naik sekali dengan kitorung . kitorung tak biasa naik lift tu so time lift terbuka akak2 tu keluar laa , then akak2 tu usha kitorung . kitorung ingatkan tak sampai lagi . rupa2nya dah sampai , kitorung cepat2 laa keluar . najwa nak cover dia cakap orang depan tak keluar so aku pon tak keluar laa , time dengar najwa cakap macam tu tergelak - gelak eyka . 

sampai KFC najwa dengan jiea nak beli crushers so eyka dengan lain tunggu laa dekat luar . sambil tunggu tu kitorung pon snap2 laa . eyka ternampak mukhlis , mukhlis punya muka bengang gila . tiba2 hanif keluar pergi dekat mukhlis cakap jom , belah ! aikkk , apahal diorung ni ? najwa dengan jiea dah siap , kitorung pon dah snap gambar apa semua then kitorung balik . aiman turun cheras , eyka turun salak selatan , diorung semua turun bandar tun razak . untung laa balik dengan kawan2 XP time aiman turun kitorung cakap laa take care apa semua . time tu kitorung tak boleh turun sama kang ada yang tertinggal LRT .

time eyka lebih kurang sama je , tapi eyka special sikit . ye laa , eyka kan perempuan . aiman lelaki . diorung kata hati2 apa semua , ada orang sweet buat tak tahu je , take care , jumpa tahun depan , semua lah . hikhik , tadi berpisah dengan diorung macam nak menangis pon ada . ye laa , nanti tak boleh jumpa diorung selalu :'( dekat LRT tadi ada sorang mamat handsome ni , eyka usha je dia . time tu LRT full . mungkin kawan2 eyka tak perasan . lagi sedih sebab tak dapat ucapkan selamat tinggal dekat mamat tu . dah laa handsome XD

here a few picture yang eyka cilok dari muka buku :-





awww ! saya buat muka comel laa pulak XD

assalamualaikum ! annyeong !

lot of love
-eyka-
xoxo, syaaa




Ze Superwoman



Annyeonghaseyo, my name is Sya. Welcome to Stardust ! Do follow me and please leave your footprints at my Cbox, okay? Haters , Anons , Copying , Spamming , Ripping and Others are NOT allowed. Don't like my blog? Press Ctrl + Shift + W .  Chingu (s)

I Miss You, Mentos. But you never notice it..



Ze Navigations

Profile
Stuff

Ze Tagboard

Spread some love ♥
No harsh words~

Ze Credits


Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Sya

Ze Music

To him. The one who always make me smile. The one who seems to be protective to me. The one who care about me more than himself. I heart you Dear :')