Step Up Revolution with girlfriendsss
Friday • 12:23 AM • 0 comments Hello, Earthlings! Dah lama tak update blog. Yelah, Trial PMR sibuk mengganggu diri ini, mana taknya. So, korang dah tengok Step Up Revolution? sya dah tengok dah dengan girlfriendsss sya iaitu Hazirah, Izzati, dan Afiqah. Sempena Trial PMR dah mengundur diri dan kitorang tersangat lah stress dengan semua exam paper tu, kitorang pun buat decision nak tengok wayang. Alang-alang nak tengok wayang and cerita paling hot time tu ialah Step Up Revolution kitorang pun apa lagi on je lah. Kitorang tak adalah pergi menapak sampai ke Times Square semata-mata nak tengok wayang je. Kitorang pergi dekat Viva, dekat sikit kan. Tapi, time tu sya lambat sikit. Cerita lagi 5 minit nak start sya baru sampai Miharja. Teruk kan sya, tak punctual betul~ Time masuk tu, okay gelap gila. Nyaris-nyaris tersungkur. Nasib baik tak jatuh kalau tak memang malu tahap max lah kan :P Time masuk tu, tak ramai orang so kitorang main duduk je. excited sangat xD Bila cerita tu start memang khusyuk gilalah tengok. Especially time diorang tengah menari. Memang awesome lah kan. Time diorang menari tu memang kaki semua dah gerak dah. Kira macam nak join menari sekali. Kalau time tu pangung wayang tu kosong, memang kitorang semua dah menari dah dekat situ xD Bila cerita tu habis kitorang keluar lambat sikit, entah macam mana Afiqah boleh tersungkur pulak. Sya time tu terkejut, tiba-tiba je jatuh so sya tak buat apa-apa. Time nak hulur tangan, Afiqah dah gelak-gelak pastu dia bangun terus lari keluar. Afiqah kata sampai jam orang nak keluar. Bila jalan keluar selipar Hazirah pula putus. Kitorang pergi lah surau, nasib baik Hazirah bawa duit lebih, so dia suruh sya dengan Afiqah beli selipar. Kitorang turun dengan tingkat 1 ke 2 beli selipar. Tak tahu nak beli yang mana, kitorang main ambil je selipar yang comel sangat, warna pink. Warna favourite Hazirah. Selipar tu ada anak patung sebiji melekat dekat selipar tu. Dah lah comel, ada ke patut Hazirah kata buruk. Selipar tidur katanya xD Lepas beli selipar kitorang terus balik. Yelah dah lama sangat menapak dekat situ kan. Time balik tu kitorang angkat train. Beli token pastu tunggu lah train. Tengah jalan nak cari tempat duduk terserempak dengan budak cina kelas J yang Cik Tan kata dia sorang dapat A Sejarah tu dengan boyfie dia. Okay, sya jealous tengok diorang sebab dekat sekolah together, tuition together and now keluar entah pergi mana pun together. Untunglah ada orang sayang :') Time naik train, Afiqah tiba-tiba tanya Hazirah token tu turun mana sebab Afiqah tadi nampak Hazirah beli token untuk Cheras padahal patutnya beli Bandar Tun Razak. Sya pulak patutnya turun Salak Selatan, dengan sya sekali terbeli token Cheras. Kitorang semua dah panik, so sya cakap lah nanti kita turun Cheras, beli token baru. Time tu kitorang dekat Chan Sow Lin, train datang kitorang terus serbu naik padahal train tu ke Ampang. Lagilah panik dibuatnya. Memandangkan dah tersalah train, kitorang turun dekat Maluri. Dalam train, semua orang pandang semacam. Memang riuh kitorang dalam train time tu. Sampai ada yang gelak terbahak-bahak tengok kitorang sesat. Pergi balik Chan Sow Lin naik train ke Sri Petaling. Pastu, turun Cheras pergi beli token Bandar Tun Razak. sya beli Salak Selatan. Kang ada yang tak balik-balik lagi. Time tu pun nak dekat pukul 4 petang. Keluar pukul 12. Tak ke lama tu? Sampai rumah dah pukul 4.15 petang. Abah balik, abah terus tanya pergi mana tadi apa semua. Yelah, lama bebenor keluarnya pun. Hahahaha. Tapi, lepas balik dari tengok wayang tu sya serong pergi Rainbow kejap. Beli pin apa semua for celebrate Hari Raya. Tu lambat sikit sampai rumah. Alang-alang dah keluar, belilah apa yang nak beli dari dulu lagi kan. xD
Assalamualaikum! Annyeong! xoxo, syaaa Suprise for Hazirah on her birthday
Thursday • 10:56 PM • 0 comments Hello, Earthlings! Hari ni adalah hari lahir salah satu ahli H.I.A.A.A.S.S. Orang yang eyka maksudkan ialah Nurul Hazirah Binti Haris. Happy birthday to you, Happy birthday to you, Happy birthday to you Hazirah, Happy birthday to you~~~ Memandangkan hari ni sekolah, kitorang tak dapat nak baling tepung, beli kek, makan KFC apa semua macam time birthday Syafiqah hari tu. Jadi, kitorang buat satu surprise untuk dia. And i bet dia tak akan lupa punyalah. Time balik sekolah, kitorang pergi makan dulu dekat kantin. Sebenarnya, izzati dah plan dari time KH lagi. Dia cakap nak ajak kenyit join kitorang buat surprise. Eyka dah dengar izzati cakap macam tu, eyka pun kata okaylah. Time balik nanti kitorang pergi cari kenyit then try ajak dia sekali. Bila kitorang nak cari kenyit tu, izzati ajak hazirah pergi tandas. So, kitorang cari lah kenyit dekat kantin. Dia tak ada. Kitorang tunggu lah kenyit. Time jumpa dia, kitorang panggil dia, dia tanya nak apa then terus je belah. Time tu seriously dia minta kaki eyka kutt. Sorry, hazirah~ :P Dia tanya pastu bukannya nak dengar dulu apa yang kitorang nak. Dia main belah je. Dah geram sangat + malu sangat = pergi kantin balik. Time pergi kantin tu terjumpa fifa. Kitorang suruh lah fifa tolong panggilkan kenyit. Fifa pun lebih kurang sama je dengan kenyit time tu. Kitorang belum habis cakap lagi dia dah cakap panggillah sendiri, then belah. Sorry, afiqah~ Kitorang dah pening nak buat macam mana. Ternampak afiq, kitorang suruh sala cakap dengan afiq tolong panggilkan kenyit dekat luar sebab kitorang cadang nak ajak dia buat surprise untuk hazirah. Then, afiq pun pergilah keluar pergi panggil kenyit untuk birthday girl :P Bila nampak kenyit dekat padang, Alhamdulillah~ sudi jugak dia, ialah untuk pwincess dia yang tersayang tu kan. Kitorang discuss nak buat macam mana apa semua, tapi apa yang kitorang rancang tak berapa nak jadi. Macam haru-biru je time tu xD Kitorang mula-mula cadang kitorang berkumpul ramai-ramai dekat gelanggang basket ball tu then hazirah datang, kitorang nyanyi. Bila dah habis nyanyi tu, kenyit keluar lah cakap happy birthday, i love you ke apa ke. Tu cadangan kitorang. Kenyit tiba-tiba pulak tukar step. Dia kata biar dia cakap dengan hazirah dulu baru kitorang keluar. Kalau macam tu tak surprise lah kan, tapi kitorang ikut je cakap crush birthday girl ni. Tu rasa macam tak betul je surprise tu sebab budak tu menyibuk. :P Kalau tak mesti dah elok dah surprise kitorang. Tapi, apa pun hazirah beruntung gila okay! Dapat jam berwarna biru yang tersangat comel dari kenyit. Pastu time kenyit nak balik after surprise tu sempat dia kenyit mata dekat hazirah. Untunglah~~ Well, we pray that you'll happy ever after, may Allah bless you, get straight A's in PMR, success in life, will always stick with H.I.A.A.A.S.S and happy with kenyit xP Happy birthday, Sayang! We love you so much~ :* Friendship never end :* Assalamualaikum! Annyeong! xoxo, syaaa
|
Ze Superwoman Annyeonghaseyo, my name is Sya. Welcome to Stardust ! Do follow me and please leave your footprints at my Cbox, okay? Haters , Anons , Copying , Spamming , Ripping and Others are NOT allowed. Don't like my blog? Press Ctrl + Shift + W . Chingu (s) Ze Navigations Profile
Stuff Ze Tagboard Spread some love ♥ No harsh words~ Ze Credits Big helped: Aulia Septiya Edited: Sya Ze Music |